Wednesday, June 17, 2009

Ku bersama Kaer AF..

Ketika ini ku menonton rakaman Muzik-Muzik di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Sempat lagi ku menyemak sebelah Kaer. Aku ni kira untung sebab sempat bergambar dgn beliau sebelum beliau berangkat ke Indonesia untuk belajar.-AF

AF bersama Tia Jinbara

Penulis tak berapa ingat dimana penulis bergambar bersama Tia Jinbara. Nampak seakan-akan penulis terlalu mesra dengan beliau..hehe..ini kerana penulis memang ada hubungan saudara bersama Tia. Ketika ini beliau sedang 'merangkak' di dalam dunia seni dan sebagai saudara beliau, penulis cuba memberi sokongan kepada beliau. Penulis agak berpuas hati dengan pencapaian beliau sekarang tetapi kalau boleh cuba tingkatkan lg ok! Oh, penulis sengaja 'spray' wajah kerana agak segan menonjolkan diri dikhalayak ramai..maaf...

Penulis dan Nabil Mentor (Artis pertama penulis bergambar bersama)


Penulis sebenarnya tidaklah teruja mana untuk bergambar dengan beliau, tetapi atas desakan kawan-kawan, penulis dengan ala-ala cerianya bergambar la juga. Ketika ini penulis sedang melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) pada tahun 2006 dan secara kebetulan Nabil Mentor sedang mengadakan persembahan di Kuantan Megamall. Penulis ketika itu sedang 'mengular' bersama rakan, sempat juga melayan persembahan beliau. Hmm..kiut nya zaman kanak-kanak ku..hehehe..-Penulis (AF)